Monday, October 18, 2010

::Yoga Kini Menjadi Rutin HarianKu::

>> Di sini saya nak kongsikan aktiviti saya sebagai suri rumah setiap hari ketika di rumah..Ya saya pasti anda pernah dengar tentang Yoga kan..saya mula aktifkan diri dengan Yoga bila saya tahu Yoga ni banyak memberi kebaikkan kepada kaum hawa terutama yang nak body maintain berat maintain dan sebagainya..Yang penting minda anda kena aktif..rajin mencari maklumat seperti yang saya lakukan...saya mempunyai video tentang pengajaran melakukan Yoga dengan betul yang saya download dari youtube(tak payah beli berlambak dalam youtube) tapi pastikan orang yg megajar dalam youtube terbaik punya orang beb....bagi saya org yg dalam video tu mmg terbaik..tak sia2 saya download..hehehe...
>> Sebenarnya Yoga ni tak susah kalau kite bersungguh2 nak lakukannya..saya mula2 nak buat Yoga ni pon payah sebab badan saya bukannya slim macam gambar contoh kat atas ni..hehe..anyway seminggu saya mencuba akhirnya badan saya mula biasa melakukan pelbagai pose Yoga ni..berpeluh beb..tak payah jogging sampai berpuluh pusingan tp badan still gak cam tu..cari aktiviti yang boleh dilakukan dirumah yang boleh menyihatkan badan..macam saya..sentiasa nak cari semua dari rumah...termasuk $$$$ pon saya nak cari dari rumah sebab dalam rumah la paling selamat kan....mudah kan...
>> Setiap hari saya kini meluangkan masa hampir 1 jam berYoga..kira-kira dalam pukul 4 petang saya dah mula la buat Yoga..tu pon selepas cerita kegemaran saya habis tepat pukul 4...hehehe..ni pon baru habis berYoga dan kemudian taip text ni panjang2 untuk kongsi bersama anda aktiviti sihat ni..bagi yang Muslim..saya ada juga dapat info Muslim tak digalakkan berYoga sebab berkaitan dengan agama..fikir je Yoga ni untuk kesihatan ok tapi bukan pasal agama..hmmm apa2 je la..lu fikir la sendiri..search kat google kalau nak maklumat lanjut..malas nak crita pasal tu...yang penting saya berasa lebih lega selepas berYoga..hurmmmm.....
>> Wow..rajin juga saya taip pasal Yoga ni panjang..terpulang korang la nak baca..ni sebagai rujukkan saya sendiri di kemudian hari la...hehe..tak de kena mengena dgn sesapa yang MEMBACA...ok la stakat ni sye crite pasal Yoga..sapa berminat jangan lengahkan lagi...cari maklumat pasal Yoga..download dari youtube video dia...jangan habiskan masa dok main facebook je..sekali sekala tu baca la benda berfaedah dari bermacam2 laman web bila dh ade internet tu kan..kan..kan..kalau saya boleh anda pon boleh...SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERYOGA...mahal kitta...chewwaaahhhh..:)>

No comments:

Post a Comment